#prnsarawak Bagi ADUN Barisan Nasional DUN N.78 Mulu, Datuk Gerawat Jala, ada kenangan manis buat dirinya pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

Bukan sahaja memenangi kerusi DUN baharu itu, beliau juga mencipta sejarah menjadi wakil rakyat etnik Kelabit pertama memenangi Pilihan Raya Negeri.

Datuk Gelawat memperolehi 3,198 undi dalam saingan empat penjuru menewaskan calon PKR, DAP dan calon Bebas.

Calon dap dan calon bebas hilang wang deposit.