Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Pusat Transformasi Bandar di Miri.

UTC Miri yang siap pada 3 Mac lalu menelan belanja RM30 juta.

Ia menempatkan 16 buah agensi kerajaan serta pelbagai kemudahan seperti Klinik 1Malaysia, Klinik Pergigian 1Malaysia dan gymnasium.

Sejak mula beroperasi pada 16 Mac lalu, sejumlah 17,000 orang telah menggunakan pelbagai perkhidmatan.

UTC ini turut memberi manfaat kepada masyarakat di Marudi, Baram, Bekenu, Long Lama, Niah, Sibuti, Limbang dan Lawas.

Setakat ini, 3 UTC telah dibina di Sarawak iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.

Sejak dilancarkan pada tahun 2012, 12 buah UTC telah dibina di seluruh negara dan telah memberi manfaat kepada kira-kira 11.5 juta rakyat.

Terdahulu, Datuk Seri Mohd Najib merasmikan jualan projek Vista Perdana fasa 2.

Ia antara inisiatif perumahan mampu milik yang dilaksanakan oleh syarikat Perumahan Negara Berhad.