image

#missingheli Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan mayat ke-4 mangsa nahas helikopter sebagai Asmuni Abdullah, suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Manakala mayat yang ke-5 adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Wan Ahmad.

Keputusan itu diperoleh setelah selesai proses bedah siasat dan pengecaman identiti oleh keluarga.

Kesemua mangsa akan dihantar pada pagi ini menggunakan pesawat tentera untuk proses pengkebumian selepas mendapat perlepasan dari pihak hospital.

Usaha pencarian juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas masih diteruskan sehingga dijumpai.