13120789_1268129083214556_2023269024_o

#prnsarawak Kuching : Undi daripada masyarakat Cina dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 nanti dijangka meningkat.

Keyakinan itu dilahirkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz setelah melihat segala bentuk bantuan yang diberikan kerajaan negeri kepada golongan itu.

“Saya nak bagitahu dari mula saya sampai memang suasana cukup baik sekali, saya dapat rasa keikhlasan masyarakat Cina disini dapat rasa mereka mahu menyokong Barisan Nasional, sebelum ini pun saya difahamkan sokongan dari Kampung Telaga Air ini cukup baik dan saya merasakan peluang kita dapat sokongan masyarakat disini atau Sarawak mungkin berlaku perubahan”.

Beliau berkata demikian, selepas memperkenalkan calon BN N.6 DUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dalam Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Tokong Tai Pak Kung, di Matang, Kuching, Sarawak.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Datuk Seri Nazri turut menyampaikan sumbangan RM 30,000 untuk penambahbaikan tokong tersebut dan RM 10,000 untuk Kumpulan Ching Ying Musical & Dance Troupe.