#prnsarawak Pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di DUN Piasau, ada mesej disampaikan Tan Sri Adenan, khususnya kepada pengundi Bumiputera di kawasan Miri, supaya jangan berpecah pelah.

Ujarnya, biarpun hanya minoriti di bandaraya berkenaan, namun sokongan mereka tetap memberi impak terhadap kemenangan BN.

Hadir pada majlis ini, calon BN DUN Piasau, Datuk Sebastian Ting dan calon BN DUN Senadin Datuk Lee Kim Shin.

Tambahnya, kemenangan calon BN dari masyarakat Cina penting kerana beliau tidak mahu membentuk kerajaan tanpa perwakilan pemimpin Cina di dalam kabinet negeri.

Justeru, beliau menyerahkan kepada masyarakat Cina untuk membuat pilihan dalam menentukan masa hadapan mereka.

Selain tidak terpengaruh dengan sebarang hasutan serta khabar angin melalui media sosial.

Sebaliknya melihat sendiri apa yang telah dicapai oleh kepimpinan beliau.