#prnsarawak 24,604 pemilih awal mempunyai tempoh sehingga 5.00 petang ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundi terbabit terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka, yang akan mengundi di 100 saluran mengundi di 79 pusat pengundian.

Wartawan kami telah bersedia di beberapa lokasi sekitar Kuching, Miri dan Sibu bagi memberikan liputan proses berkenaan.

Bersedia di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sarawak, wartawan Siti Khadijah Jaafar.