13120411_1272970116063786_411611477_o 13120861_1272970149397116_1161906208_o 13128663_1272970166063781_2129592614_o 13161057_1272970129397118_1219602806_o

#prnsarawak MATANG : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuji Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang menjadikan agenda Islam sebagai agenda utama dalam kepimpinannya serta tidak mengetepikan kepentingan agama lain.

Ia dapat dilihat menerusi sikap saling hormat menghormati antara masyarakat di negeri ini walaupun berbeza agama dan kepercayaan.

“Sarawak yang dulu di bawah Tun Abdul Taib yang jadikan agenda Islam agenda utama ditambah baik dengan Tok Nan yang tidak melupakan agendanya termasuk beri kesyumuran terhadap agama Islam tanpa ketepikan agama lain di Sarawak pemimpin seperti inilah yang harus kita sokong Tok Nan pemimpin yang baik bukan sahaja pada agama Islam tapi agama lain.”

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Tinjauan Mesra bersama kariah di Masjid Al-Abiyad.

Dalam majlis itu Datuk Seri Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi melengkapkan kemudahan masjid itu selain pembinaan sebuah balai polis baharu di kawasan ini.