#prnsarawak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru penduduk memberi sokongan penuh dan padu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-11.

Menurutnya, beliau kagum dengan Tan Sri Adenan yang mempunyai komitmen tinggi dan mudah didekati oleh rakyat.

Tambahnya, Tan Sri Adenan juga tidak gelojoh, tamak dan tahu waktu yang sesuai untuk berundur apabila beliau baru-baru ini mengumumkan penggal ini merupakan penggal terakhirnya sebelum bersara dari arena politik.

Datuk Seri Ahmad Zahid berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Masjid Balingian, Mukah.