13016510_1259914607369337_351243451_o 13016518_1259914500702681_403719187_o 13036601_1259914480702683_461596949_o

#prnsarawak SAMARAHAN : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berkampung di Sarawak sepanjang tempoh berkempen hingga pengundian pada Pilihan Raya Negeri ke-11.

Beliau akan bergerak di seluruh negeri dalam tempoh itu bagi membantu Barisan Nasional (BN) Sarawak meraih kemenangan besar.

“Saya juga akan memastikan Tan Sri Adenan Satem akan terus diberi mandat untuk menjadi Ketua Menteri sebab itu saya akan berkampung di Sarawak bermula 25 April ini hingga 7 Mei nanti”.