#prnsarawak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbalahan dalam pembahagian kerusi DUN Sarawak menunjukkan pembangkang tidak mampu menjalankan urus tadbir yang baik.

Beliau berkata demikian selepas melawat pusat penamaan calon bagi DUN Baleh, Pelagus dan Bukit Goram.

Beliau turut melihat kemenangan BN tanpa bertanding di Bukit Sari dan Bukit Kota sebagai petanda yang amat positif kepada keyakinan rakyat terhadap gabungan itu.

Sebelum itu, Datuk Seri Zahid mengiringi calon DUN Baleh, Tan Sri James Jemut Masing ke pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kapit.