Img34156_progile-1024x709 Patinggi-Bin-Haji-Satem

Bagan MP Lim Guan Eng
Bagan MP Lim Guan Eng
#prnsarawak Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sedia mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh tinggal Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Sarawak jika ada permohonan rasmi daripada mereka.
 
Menurut Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sarawak, Ambrose Cheng, Tan Sri Adenan telah menerima laporan bahawa kedua-duanya memohon supaya mereka dibenarkan untuk melanjutkan tempoh tinggal di Sarawak sepanjang PRN ke-11.
 
Timbalan Presiden PKR itu dilaporkan telah diminta agar meninggalkan Sarawak pada 2 Mei selepas Jabatan Imigresen negeri hanya membenarkan beliau berada di negeri ini selama tiga hari.
 
Sementara Setiausaha Agung DAP itu diminta meninggalkan Sarawak pada 5 Mei selepas dibenarkan berada di Sarawak selama tujuh hari.