12948326_1254475977913200_45421167_o 12959510_1254475991246532_1921977996_o 12980884_1254475964579868_1205003726_o 12980926_1254475994579865_746995495_o

#prnsarawak SARIKEI : Tiga lagi calon BN diumumkan Pengerusi BN Negeri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Nama Datuk Seri Huang Tiong Sii diumum sebagai Calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Repok.

Manakala Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Datuk Len Talip Salleh diumumkan sebagai Calon BN bagi kerusi DUN Kuala Rajang dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Saidol bagi DUN Semop.

Pencalonan Datuk Seri Huang dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP sebagai calon BN di kerusi DUN Repok pula menamatkan spekulasi siapakah yang akan dipilih menjadi calon bagi DUN berkenaan.

Sebelum ini 3 nama calon berpotensi disebut bakal menjadi calon BN termasuk Datuk Seri Huang sendiri.

Dua calon lain ialah Teng Ung Woo juga dari SUPP dan Chan Phan Chan dari Parti Rakyat Bersatu UPP.