image image image image image image

#prnsarawak KUCHING : Berkempen di DUN Tanjung Datu tidak perlu mengutuk atau mengata orang.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, berkempen disini cukup dengan jeritan OOO-HAA dan UUU UUU.

OOO-HAA dan UUU UUU merupakan kata-kata yang sering diungkapkan oleh calon BN DUN Tanjung Datu, iaitu Tan Sri Adenan Satem dalam kempen sempena PRN Sarawak ke-11 ini, yang menjadi ikutan pelbagai masyarakat di Sarawak.

OOO-HAA adalah ungkapan kaum Iban yang bermaksud “Saya Sayang Sarawak” manakala UUU UUU membawa maksud “Tahu Sama Tahu”. Dalam ucapannya Datuk Wan Junaidi turut menyentuh mengenai perancangannya untuk merangka Undang-undang Biodiversiti, antara lain bagi mengawal kes kecurian hasil hutan di negara ini terutama di Sabah Sarawak.

Undang-undang itu katanya akan membolehkan kes kecurian hasil hutan oleh negara jiran di bawa ke mahkamah.

Datuk Wan Junaidi berkata demikian dalam ucapan ringkasnya dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Makmal Pengeluaran Produk Kraf Kayu Belian dan Program Merakyatkan Seni Budaya Permainan Tradisional di SMK Lundu, Kuching.

Majlis tersebut ditutup oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.