13161252_1274111792616285_588731021_o 13161370_1274111965949601_1496564807_o 13199218_1274111802616284_59871935_o

#prnsarawak LUNDU : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan rakyat tidak memerlukan calon pembangkang yang hanya berhasrat untuk mengurangkan majoriti BN, sebaliknya rakyat memerlukan calon yang boleh bekerja untuk rakyat dan dapat membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

Beliau berkata pada Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di Dewan Serbaguna SALCRA, Stenggang sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Mayin Ak Jawong yang juga calon BN DUN Tebedu.

Serta calon BN DUN Opar, Ranum ak Mina.