image

#prnsarawak Tiada tempoh bantahan bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, sebaik sahaja pendaftaran selesai, pihaknya akan memuktamadkan penamaan calon lalu mengumumkan nama calon.

Proses penamaan calon Isnin ini akan berlangsung dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Datuk Seri Mohd Hashim juga mengingatkan bahawa hanya calon, pencadang dan penyokong dibenar memasuki pusat penamaan calon.

Mereka yang mengiringi calon dikehendaki berada sejauh kira-kira 50 meter dari pusat penamaan calon.

Tambahnya, tempoh berkempen akan bermula selepas berakhirnya tempoh penamaan calon pada 25 April sehingga tengah malam 6 Mei depan.