#prnsarawak Kepada penduduk berdekatan Ba'kelalan dan Bario, jalan baharu sepanjang 21 kilometer antara dua lokasi itu bakal disiapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia menerusi Program Jiwa Murni pada Mac 2018.

Projek fasa kedua bernilai RM128.66 juta itu adalah kesinambungan fasa pertama sepanjang 13 kilometer yang telah beroperasi.