#prnsarawak Di Miri, Timbalan Perdana Menteri malam tadi, bertemu masyarakat sekitar Miri.

Lokasi pilihan, pasar malam Saberkas yang menjadi tumpuan pengunjung di hujung minggu.

Program Jom Berambeh itu turut dihadiri calon BN bagi kerusi Pujut Datuk Hii King Chiong, calon BN Senadin Datuk Lee Kim Shin dan calon BN Piasau Datuk Sebastian Ting.

Pada majlis ini, beliau turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi menaik taraf dua buah sekolah.

Peruntukan juga disediakan untuk menaik taraf bumbung pasar malam itu.