#prnsarawak Majlis angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana.

Tan Sri Adenan, juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, berjaya mempertahankan kerusi N.03 Tanjung Datu.

Beliau memperoleh 6,360 undi, sekaligus mengatasi pencabar tunggal, Jazolkipli Numan dari PKR dengan majoriti 5,892 undi.

Jazolkipli hilang deposit setelah mendapat 468 undi.