#prnsarawak Pengundi di DUN Senadin cuba disogok dengan habuan RM200.

Sebagai balasannya, kad pengenalan perlu diserah.

Itu yang didedah calon BN DUN berkenaan, selepas mengesan ada pihak menyamar sebagai ahli parti SUPP untuk mensabotaj calon Barisan Nasional itu.

Bagi yang terpedaya, sama ada sedar atau tidak, mereka akan hilang peluang untuk mengundi 7 Mei depan.

Tambah beliau, perkara berkenaan dipercayai sudah berlaku sejak hari penamaan calon 25 April lalu.

Laporan polis katanya sudah dibuat.

Pihaknya juga cuba mengenal pasti dalang terbabit dan mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan taktik kumpulan berkenaan.

Selesai sidang media tersebut, Datuk Lee bersama calon BN DUN Piasau, Datuk Sebastian Ting mengadakan lawatan ke sebuah kilang dan bertemu dengan kira-kira 1,000 pekerja di kilang berkenaan.