Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), telah mencadangkan empat nama untuk dicalonkan pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem memaklumkan, calon yang dikemukakan itu bagaimanapun akan diputuskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Serian.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia memaklumkan empat nama yang dicadangkan itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Semujak.