#prnsarawak Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP telah mencadangkan empat nama calon untuk bertanding pada Pilihan raya Negeri Sarawak ke-11.

Menurut Timbalan Presiden SUPP, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem, ia bagaimanapun akan diputuskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO Serian sebentar tadi.