Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR akan menunggu notis pemakluman rasmi daripada Yang Di-Pertua DUN Sarawak, sebelum satu mesyuarat khas diadakan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting pilihan raya.

Antaranya hari penamaan calon, hari undi awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan.

Katanya, SPR perlu mengadakan pilihan raya itu dalam masa 60 hari daripada tarikh DUN dibubarkan.

#prnsarawak