#prnsarawak Rakyat Sarawak khususnya penyokong parti bertanding disifatkan matang dalam menghadapi tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata , siri kempen yang berlangsung setakat ini juga dilaporkan lancar dan terkawal.

Sehubungan itu , Datuk Seri Mohd Hashim berharap agar momentum dan suasana aman itu akan dikekalkan sehingga selesai hari mengundi nanti.

Mengulas mengenai persiapan terakhir pihaknya menjelang hari pengundian 7 Mei ini, jelasnya SPR telah bersiap siaga dan bersedia sepenuhnya .

Ketika ini, tumpuan utama masih tertumpu kepada aspek pengangkutan dan pergerakan anggotanya terutamanya di kawasan pedalaman.

Pihaknya juga akan mengatur beberapa aset seperti helikopter dan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan urusan logistik.

Semalam, 72% daripada 24,604 pemilih telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi PRN ke-11.

Pemilih terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing.