#prnsarawak Lebuh Raya Pan Borneo yang bakal menghubungkan bandar utama di sarawak dengan sabah sejauh 2,239 kilometer, kini memasuki fasa pembinaan di negeri bawah bayu itu.

Siang tadi, perjanjian pembinaan projek lebuh raya berkenaan dimeterai antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan rakan projek pelaksana.

Majlis disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Lebuh Raya Pan Borneo Sabah sepanjang 706 kilometer dijangka siap sepenuhnya sebelum 31 Disember 2021.

Pakej pertama projek membabitkan jajaran Papar-Doggongan sepanjang 11.7 kilometer.

Projek bernilai RM27 bilion ini dijangka dilancarkan pada penghujung April ini.

Secara keseluruhannya, Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah akan mengubah landskap infrastruktur dan menghubung bandar utama di Sabah dengan lebih efisien dan selamat bagi 3.74 juta penduduk di negeri itu.

Projek itu yang bermula dari Sindumin hingga ke Tawau, merupakan satu projek naik taraf laluan sedia ada serta pembinaan laluan baharu dan tidak dikenakan tol.