#prnsarawak Barisan Nasional Negeri Sarawak akan mengumumkan senarai rasmi calon langsungnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 esok.

Calon langsung itu dipilih sendiri oleh Pengerusi BN Negeri yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berikutan calon itu tidak mewakili mana-mana parti komponen BN Sarawak.