Pada sidang media yang sama, Tan Sri Adenan berkata senarai calon BN akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon.

Parti komponen BN seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB telah mengumumkan 3/4 daripada calonnya.

Katanya setakat ini hanya Parti Rakyat Sarawak PRS telah selesai menamakan semua 11 calonnya.

Ujar Tan Sri Adenan terdapat beberapa calon yang akan bertanding sebagai calon langsung BN.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan angka sebenar calon langsung berkenaan.

#prnsarawak