#prnsarawak Semua calon Barisan Nasional yang akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang bakal melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Ia bagi memastikan setiap calon berkenaan bebas daripada sebarang dakwaan berkaitan rasuah atau jenayah lain.