#prnsarawak Walaupun bergelar ahli politik, tugasnya sebagai seorang doktor perubatan tidak pernah ditinggalkan.

Reaksi spontan itu ditunjukkan calon BN DUN Batu Kawah, Datuk Dr Sim Kui Hian apabila mendengar ada kemalangan berlaku tidak jauh dari lokasi beliau berceramah.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP itu, terus meninggalkan ceramahnya ketika berkempen malam tadi bagi memberi rawatan awal kepada mangsa.

Mangsa dikatakan cedera parah akibat kemalangan di persimpangan Jalan Batu Kawah-Matang kira-kira jam 10 malam.