#missingheli Sebuah helikopter dipercayai membawa VIP dilapor hilang dari radar di Sarawak petang tadi.

Ketika kejadian helikopter berkenaan dilapor dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira jam 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkenaan.