imageimageimage

#prnsarawak KUCHING : Sebanyak 971 borang pencalonan telah dijual sehingga 5.00 petang semalam.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, di zon Kuching sebanyak 124 borang pencalonan telah dijual.

Manakala di Sri Aman 54, diikuti Sibu 178, Miri 172 dan di Pejabat SPR sebanyak 443 borang pencalonan telah dijual.

“SPR telah menetapkan tarikh 25 April (Isnin) sebagai hari penaman calon dan tempoh penamaan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR Negeri hari ini.