#prnsarawak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menegaskan beliau tidak pernah dipengaruhi mana-mana pihak termasuk Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Tegasnya beliau mempunyai kaedah serta formulanya yang tersendiri dalam mentadbir serta membangunkan negeri Sarawak.

Tan Sri Adenan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang disertai lebih 2,000 orang di Batu Kawah, Kuching malam tadi.

Justeru, beliau Tan Sri Adenan juga menyeru semua pihak untuk bersama-sama menyokong kepimpinan beliau dan pasukannya.