13148221_1273628749331256_972662695_o 13148295_1273628725997925_97969565_o 13184591_1273628802664584_916745489_o

#missingheli KUCHING : Satu pasukan bertindak telah ditubuhkan bagi menyiasat segera kehilangan helikopter petang tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan itu nembabitkan beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam, JPAM.

“Pesawat itu yang bergerak pada jam 4.15 petang sepatutnya sampai pada jam 5.00 petang tetapi hubungan terputus dan kita dapati berada di Sebuyau. Kawasan itu hampir dengan laut dan paya. Satu pasukan termasuk PGA dan Marin untuk lakukan siasatan dah berada di sana”.

Datuk Seri Ahmad Zahir turut berharap agar semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan kesemua penumpang yang masih hilang itu.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Usahawan Pemasar Tani FAMA di Kuching sebentar tadi.