#prnsarawak Sebagai destinasi utama pelancongan di Malaysia, kerajaan negeri terus giat meningkatkan kedatangan pelancong ke Bumi Kenyalang.

Penerbangan terus dari Hong Kong - Kuching dengan kekerapan dua kali seminggu bakal menarik lebih 20,000 pelancong.

Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak terdahulu menyerahkan pelekat kenderaan kepada pemandu teksi dan perahu tambang sempena promosi penerbangan terus Hong Kong - Kuching, serta Rainforest World Music Festival 2016 di tebingan Sungai Sarawak.

Hong Kong Airlines akan bekerjasama dengan kerajaan negeri menjayakan penerbangan dua kali seminggu ini.