Sarawak berpotensi untuk menghasilkan produk makanan sendiri sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dari luar.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata, Sarawak mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk tujuan berkenaan selain mempunyai produk makanan yang unik yang boleh dipasarkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Road to MAHA 2016 di Lundu.

Pada tahun yang lalu, Sarawak membelanjakan RM4.26 bilion untuk mengimport makanan.

Jumlah berkenaan menurut Tan Sri Adenan terlalu tinggi bagi sebuah negeri yang mampu untuk mengeluarkan produk makanannya sendiri.

Justeru, golongan petani di negeri itu diseru untuk meningkatkan hasil pengeluaran sekaligus meningkatkan pendapatan mereka.

Beliau turut mengalu-alukan pihak sektor swasta untuk melabur di negeri itu dalam sektor pengeluaran makanan.