#prnsarawak Isu royalti minyak juga menjadi modal pembangkang.

Terus terang, Perdana Menteri jelaskan perkara itu tidak dibincangkan buat masa ini kerana kejatuhan harga minyak dunia.

Namun, kerajaan mempunyai cukup duit untuk peruntukan pembangunan Bumi Kenyalang.

Komitmen lain termasuk RM16 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo selain 3.5 bilion ringgit yang sudah diluluskan bagi semua projek pembangunan.

Fasa pertama tuntutan kerajaan negeri yang mengandungi 13 perkara membabitkan aspek pentadbiran telah diselesaikan sebelum ini.