image image image image image image image image

#prnsarawak KUCHING :
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menyalurkan RM80,000 kepada 10 penerima menerusi Tabung Kebajikan Penggiat Seni.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiga daripada penerima adalah penggiat seni dari Kuching Sarawak iaitu Sunarti Abu, Salbiah Hasbie dan Zaini Oje @ Ozea.

Penyampaian bantuan tersebut dilakukan dalam satu Program Merakyatkan Seni dan Budaya di Sekolah Kebangsaan Buntal.

Turut hadir Calon BN DUN Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Tabung Pengiat Seni itu diwujudkan sejak 2009 bagi menghargai jasa dan sumbangan golongan itu dalam membangunkan seni, budaya dan warisan negara.

Beliau dan rombongan sebelum itu melawat Pusat Rekreasi Esplanade Kg Buntal, yang menelan belanja RM4.3 juta untuk membangunkan prasarana itu.