#prnsarawak Di Lundu, Tan Sri Adenan mengajak 340,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, Rela Sarawak untuk bersama-samanya memastikan Bumi Kenyalang terus menjadi lokasi selamat.

Memperakui sumbangan golongan itu, RM8 juta telah disumbang kerajaan negeri kepada agensi berkenaan.

Beliau terdahulu hadir pada majlis pemimpin bersama rakyat sempena pemberian bantuan pakaian seragam Rela serta pemberian geran kepada PIBG siang tadi.

Rela walaupun dilihat sebagai agensi bantuan, namun sumbangannya terhadap keselamatan umum adalah sangat signifikan.