#prnsarawak Dalam majlis berasingan lewat petang tadi bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Rela, Datuk Seri Najib mengajak rakyat menolak politik kebencian, adu domba mahupun hasutan.

Sebaliknya, politik yang membina dan membawa harapan baru seharusnya diterapkan.

Beliau berkata demikian di hadapan 12,000 ahli Rela pada Majlis Pemimpin Bersama Rela di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM20 juta khusus untuk kegunaan uniform Rela.

Selain itu, pembinaan Pusat Latihan Rela bertempat di Sematan dengan keluasan lebih 15 hektar turut diumumkan.

Di Sarawak sahaja terdapat lebih 340,000 ahli Rela.