12999448_1260690873958377_1590480658_o 12999743_1260690923958372_1477048324_o 13009674_1260690733958391_1735393290_o 13009731_1260691003958364_607977954_o 13009985_1260691060625025_984537580_o 13010169_1260691033958361_2124018329_o 13016507_1260690957291702_902049798_o 13016804_1260691080625023_471902164_o 13016857_1260690810625050_1964295647_o 13035444_1260690767291721_461720844_o 13035695_1260690863958378_734700631_o

#prnsarawak Betong : Terletak berhampiran dengan Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dibina, Pusat Transformasi Luar Bandar RTC Betong akan memberi manfaat kepada pengguna Lebuhraya Pan Borneo kelak selain penduduk sekitarnya.

Ia bertepatan dengan hasrat kerajaan khususnya kerajaan negeri Sarawak yang ingin memberi tumpuan kepada pembangunan di kawasan luar bandar.

Dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, RTC Betong ini akan mampu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkaitan sektor awam dan swasta.

Ia sekaligus akan menjadi pusat kegiatan ekonomi penduduk khususnya penduduk sekitar daerah Betong dan Layar.

Pada masa sama kewujudan RTC ini bakal menjimatkan masa, tenaga dan kos logistik penduduk tempatan bagi memasarkan hasil pertanian.

RTC Betong ini merupakan RTC ke-9 di seluruh negara dan kedua di Sarawak selepas RTC Bekenu di Miri.