image image image image

#prnsarawak Pusat pengundian awal bagi DUN N.14 Batu Kawah di Dewan Pahlawan, Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am, PGA, Briged Sarawak ditutup tepat jam 5.00 petang tadi.

Pengundi terakhir di kedua-dua saluran berkenaan adalah Jeremy Merregi Anak Joseph, 38, yang mengundi 2 minit sebelum proses undi awal ditutup sebentar tadi.

Sehingga ia ditutup, kira-kira 548 orang mewakili 70.7% anggota keselamatan serta pasangan masing-masing telah membuang undi.