#prnsarawak Sehingga jam 11.00 pagi, kebanyakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya telah mengumumkan senarai calon-calon yang akan bertanding.

Barisan Nasional, telah memenangi kerusi pertama, apabila penyandang kerusi N.82, Bukit Sari, Datuk Awang Tengah Ali Hassan disahkan menang tanpa bertanding.

Bagi kerusi N.53 Bawang Assan menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Calon Barisan Nasional Datuk Seri Wong Soon Koh akan ditentang oleh calon DAP, Chiew Sung Ngie dan Wong Sing Wei dari STAR.

Dua lagi calon yang mengemukakan borang pencalonan ialah Yeu Bang Keng dan Watson Bangau Anak Johnathan Renang.

Datuk Wong adalah penyandang bagi kerusi berkenaan.

Untuk perkembangan terkini proses penamaan calon bagi DUN Baleh, kita bersama rakan setugas, Sarah Abdullah di Kapit.