#missingheli Proses bedah siasat mayat ketiga nahas helikopter di Batang Lupar, Sarawak, masih dijalankan.

Mayat ketiga itu ditemui lengkap berpakaian dan mempunyai pengenalan diri.

Mayat itu ditemui terapung di sungai pada kira-kira jam 12.05 tengah hari.

Kawasan itu kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dijumpai semalam.