#prnsarawak Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak Teras, Tan Sri William Mawan dalam pada itu, sedia melepaskan jawatan dalam parti sekiranya perlu berbuat demikian untuk menjadi calon BN.

Ia bagi mengelak sebarang masalah timbul.

Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Tahunan Kementerian Pembangunan Sosial di Kuching, siang tadi.

Ujarnya, beliau kini hanya menunggu keputusan Ketua Menteri sama ada beliau akan dicalonkan semula di Kerusi DUN Pakan.

Apapun ujarnya, beliau akan menghormati sebarang keputusan Ketua Menteri berhubung perkara berkenaan demi kepentingan BN.