#‎prnsarawak‬ Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini melakukan tinjauan di bangunan baharu sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong yang siap sepenuhnya semalam.

Ia menempatkan enam bilik darjah , sebuah makmal sains berdasarkan konsep NBOS-PIL, serta dua kuarters guru dan juga kawasan rekreasi.

Sekolah yang mempunyai 20 guru dan 172 pelajar ini dibina pada 1 Januari 1957.

Keadaan fizikalnya yang uzur dan terdedah dengan masalah hakisan mendapat perhatian Perdana Menteri ketika pertama kali melawat sekolah ini pada penghujung Januari lalu.

Menerusi lawatan itu juga Datuk Seri Najib mengarahkan agar bangunan baru yang lebih selesa dan lengkap dibina bagi keselesaan masyarakat kawasan ini.