#prnsarawak Kabong menjadi lokasi kedua tinjauan mesra Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Lebih 2,000 penduduk menyambut ketibaan Perdana Menteri di Kabong.

Tinjauan mesra itu turut disertai calon BN DUN Klaka, Datuk Abdul Wahab Aziz dan calon BN DUN Kabong, Mohamad Chee Kadir.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan penduduk sekitar.