#missingheli Di Kuching, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan jemaah lain menyempurnakan solat jenazah Allahyarham Datuk Noriah.

Solat diadakan di Surau Al-Jahirah, Pangkalan Tentera Udara Kuching, malam tadi

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli keluarga Allahyarham.

Jenazah kemudian diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Subang, kira-kira jam 9.15 malam menggunakan pesawat C-130.

Jasad Allahyarham ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi semalam, di kawasan pencarian awal helikopter yang terhempas di Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau.

Lima lain yang masih hilang, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, suami Datuk Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun, serta juruterbang, Kapten Rudolf Rex Ragas.