#prnsarawak Sebelum berlepas pulang ke ibu negara lewat petang tadi,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sempat menyerahkan sumbangan kepada sebuah masjid dan sebuah gereja.

Sumbangan RM3 juta daripada kerajaan persekutuan diserahkan kepada Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Furqan, Taman Malihah, Mashap Alek.

Manakala RM1 juta kepada Gereja Anglican Chapel Taman Malihah dan diterima Pengerusinya, Kanak Grasi.

Kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan sama pada majlis ringkas di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuching ini.