#prnsarawak BATU KAWAH : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di Balai raya Desa Wira kira-kira jam 9.00 malam tadi.

Beliau akan merasmikan balai raya ini yang siap dibina bulan ini menerusi Pelan Transformasi Bandar, RTP.

Ketibaan Perdana Menteri diiringi oleh Calon Barisan Nasional kerusi N.14, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Beliau terdahulu menunaikan Solat Isyak dan beramah mesra dengan kariah di Masjid Darul Ibadah.