#prnsarawak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini meluangkan masa melawat penduduk di sekitar kawasan Kampung Boyan, Kuching, Sarawak, malam tadi.

Beliau yang tiba kira-kira jam 8.50 malam memulakan walkabout beliau dengan mengunjungi kedai kek lapis terkenal, Mira Cake House.

Perdana Menteri kemudiannya melawat Medan Niaga Permaidani BGS dan berkesempatan untuk beramah mesra dengan para peniaga serta pengunjung di sana.

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.