13010088_1260653273962137_140409050_o

#prnsarawak Sibu : Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi melancarkan pakej ke-4 pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sibu.

Pakej ke-4 Projek Pan Borneo melibatkan pembinaan laluan 4 lorong dua hala dari Simpang Bintangor sehingga Jambatan Sungai Kua.

Pembinaan jalan berkenaan yang melibatkan jarak sepanjang 76.2 kilometer menelan kos berjumlah RM1.7 billion.

Projek yang dilaksanakan melalui model rakan pelaksana Projek PDP ini turut melibatkan pembinaan jambatan terpanjang Sarawak merentasi Sungai Rejang sepanjang 1.7 km.

Jajaran ini yang dijangka siap pada tahun 2020 diyakini mampu menyelesaikan masalah kesesakan yang dihadapi penduduk Sibu.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.